TUTORIAL PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU


Cara Membuat Semburan Organik EM
EM (Effective Microorganism) merupakan bakteria baik (Lactobacillus spp.) yang terhasil dari proses pemeraman air beras masam dengan susu. Banyak kegunaannya seperti sebagai baja dan salah satu bahan penting dalam pembuatan bokashi bran (untuk digunakan dalam membuat kompos bokashi). Juga sebagai makanan haiwan, agen pembersih dan dapat menghilangkan bau busuk ternakan. Selain itu boleh digunakan sebagai pembersih sinki, tandas, agen penggalak pada kompos.
Bahan:
1. 100ml air basuhan beras (telah diperam 5-7 hari). Beras hendaklah dibasuh dengan air bebas klorin (guna air reverse osmosis atau air mineral).
2. 1L susu segar. Tak kisah jenama apa sekalipun.
Cara membuat:
1. Campur air beras masam dan susu dalam bekas plastik. Tutup dengan kain nipis/jaring.
2. Peram selama 7 hari. 
3. Kemudian anda akan lihat susu kental, dalam bekas peraman, juga cecair berwarna kuning cair. Cecair kuning cair itu adalah larutan EM. 
4. Tapis dan asingkan susu kental (susu ini boleh dijadikan baja/makanan haiwan/dimasukkan ke dalam kompos). Kita cuma mahukan larutan EM sahaja.

5. Larutan ini boleh disimpan di dalam peti sejuk, atau jika mahu simpan di luar peti sejuk, perlu dicampurkan dengan gula merah atau gula perang, pada nisbah 1:1. Bermakna jika anda mendapat 1L larutan EM, campurkan dgn 1L gula merah atau 1kg gula perang.
Cara penggunaan :
1. Sebagai baja tumbuhan; campurkan 2 sudu makan EM ke dalam 1L air, siram atau sembur pada tumbuhan. Gunakan setiap minggu, atau jika rajin, setiap hari.
atau, nisbah 1/500 di darab dengan berapa jumlah liter air yang digunakan.
contoh: 1/500 x 16L = 0.032 L x 1000ml = 32ml
2. Nisbah yang sama boleh digunakan untuk disembur pada kompos, sebagai minuman haiwan, dan untuk menghilangkan bau pada bilik mandi, sinki dapur dan sebagainya.
3. Untuk pembuatan bokasi bran menggunakan EM.
4. Untuk semburan bangsal cendawan yang kosong tanpa bongkah nisbah 1/100 di perlukan.
Nota: Pastikan anda menggunakan air bebas klorin sepanjang proses pembuatan EM bermula daripada membasuh beras sehingga membasuh bekas/peralatan yang digunakan. Ini adalah untuk mengelakkan dari bakteria baik terbunuh oleh klorin.

No comments:

Post a Comment